BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM Ya Allah...yang Maha Pengasih Lagi Maha Peyayang...Segala puji buatMu Allah yang Maha Esa..Ampunkanlah aku di atas segala dosa yang telah ku lakukan..Kau ampunkanlah dosa dosa kedua ibu bapaku..Kau rahmatilah dan berkatilah hidup mereka di dunia dan akhirat..sesungguhnya aku amat bersyukur di atas segala kenikmatan yang telah engkau curahkan..Berilah kejayaan di dunia dan di akhirat buat mereka...sesungguhnya tiada tuhan lain yang disembah melainkan Mu Yang Maha Esa...AMIN..

Tuesday, 8 December 2015

Masakan Ibu yang paling menyentuh hati

Malam tadi saya sempat tengok filem Kimchi Battle di TV9. Sampai pukul 12+, macam tak sedar diri yang hari ini nak sekolah. Cerita itu sungguh menyentuh hati saya. Siap menangis lagi.. Menangis sungguh-sungguh bukan setakat berlinang air mata.
Kisah tentang seorang chef yang mempunyai seorang ibu yang pekak dan bisu. Ibunya menghantar dia supaya dijaga oleh orang lain kerana merasakan anaknya itu lebih selamat di bawah jagaan mereka. Anak itu berasa sungguh sedih dan kesedihan itu bertukar menjadi kebencian kerana dia merasakan ibunya harus bertanggungjawab menjaganya walau dalam apa jua keadaan. Dalam masa yang sama, anak perempuan keluarga angkatnya pula merasakan dia menjadi penghalang kepada kasih sayang ibunya terhadap dirinya. Maka dia menjauhkan diri daripada keluarga dan menjadi chef yang terkenal. Mereka bertanding dalam satu pertandingan memasak kimchi dan akhirnya chef lelaki itu menyedarkan chef perempuan itu bahawa makanan yang menyentuh hati kita adalah masakan ibu.
Part yang paling sedih ialah bila ibu chef lelaki yang pekak dan bisu itu sedang tenat kerana arteri serebrumnya pecah (brain damage) masih terus hidup kerana 'terdesak' bertemu dengan anaknya. Apabila anaknya datang melawatnya, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Kat part ni lah yang saya menangis. Sedih sungguh rasanya.
Saya ni anak yang jahat. Banyak perkara yang saya lakukan telah menyakiti hati emak saya. Emak tidak pernah berdendam dan menyisihkan saya. Kata emak "Kalau tak sayang, emak tak bela". Saya sedang mencuba dan akan terus mencuba menjadi anak yang lebih baik daripada dulu. Rasanya menjadi seorang ibu telah berjaya mencelikkan mata saya yang selama ini buta dengan pengorbanan dan kasih sayang mak saya.
Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap di dunia. Walau ke mana pun saya pergi, mencuba pelbagai jenis makanan saya tetap akan merindui masakan emak saya. Walaupun sekadar lauk ikan pindang.Sebelum ni saya tak suka tapi sejak saya bersalin, hampir setiap hari emak masakkan lauk ikan pindang..saya jadi suka pula. Siap saya request emak masak lauk yang orang lain dalam keluarga saya tak nak makan.
Saya paling rindu lauk daging masak kicap pedas emak. Pada saya, rasanya perfect. Mungki kerana ada banyak memori dengan masakan itu. Walaupun mungkin pada orang lain, lauk tu biasa je tapi saya tetap suka.
Tak salah saya ketika itu hendak menghantar pendaftaran sekolah asrama abang saya aka Suami Kak Yus di Jelebu. Melalui jalan yang bengkang bengkok dan bersesak dalam sebuah kereta, baju gaun yang emak baru belikan habis kena muntah. Arwah abah berhenti di air terjun dan kami sempat bermandi-manda. Dengan perut lapar, makan bekalan nasi dan lauk daging kicap pedas tu rasa sangat sedap. Sampai sekarang saya ingat memori itu walaupun sudah lebih 23 tahun berlalu.
Saya berharap saya akan menjadi anak yang lebih baik dan sentiasa lebih baik setiap hari. Semoga Allah melindungi emak saya sebagaimana emak melindungi dan menyayangi saya sejak lahir hingga kini. Sebesar mana pun usia saya, saya tetap anak kecil di mata emak.

No comments:

Post a Comment